Tiga bulan melayari bahtera alam rumah tangga terlalu baharu buat pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar kerana sentiasa menjadi bualan ramai.
Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan tindakan Wan Emir membetulkan tudung isterinya supaya tidak memperlihatkan aurat dalam video wardobe challenge.
Dalam video tersebut, Wan Emir benar-benar bagai lelaki kiriman Tuhan, komen salah seorang netizen yang cair melihat kemanisan pasangan ini.
Pasangan ini bukan sahaja romantis, namun menunjukkan ciri-ciri keluarga sakinah, komen Arif, salah seorang netizen.
Rata-rata netizen memuji tindakan Wan Emir yang bertanggungjawab dan budiman dan menyifatkan Mira sebagai wanita bertuah memiliki suami seperti Emir.
Hanya terdapat segelintir netizen yang memberi komen negatif, mungkin individu yang belum bertemu cinta.
Penggerakdaily