Categories
Berita Ekonomi pembangunan

BN SEBULAT SUARA SOKONG BELANJAWAN 2021, RUU YANG DIBENTANGKAN – ZAHID HAMIDI

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju sebulat suara menyokong Belanjawan 2021 termasuk semua Rang Undang Undang (RUU) yang dibentang kerajaan, kata Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dalam sebuah kenyataan media, tadi.
“Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang yang bermesyuarat pada 3hb November 2020 telah bersetuju sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb November 2020, begitu juga dengan semua Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan”
Tambah Zahid lagi, “Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional juga bersetuju supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh moratarium untuk tempoh 6 bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40”,
BN juga mencadangkan  agar meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tententu.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *