“Yes! Bobo come back, ceriakan tahun 2020 yang suram”, komen salah seorang netizen, Amna Shahida apabila Mohammad Farezzul Mohammad Kassim atau Bobo tampil semula dalam aplikasi Tik Tok baru-baru ini.
Penampilan pemuda berusia 27 tahun itu mengejutkan ramai warganet selepas lama menghilang tanpa khabar berita, malah kelihatan semakin aktif memuat naik video di aplikasi berkenaan.
Bagi sesiapa yang aktif bermain media sosial pada 2013, pasti mengenali seorang pemuda menerusi sebuah video tarian yang mengikut rentak lagu Sayang nyanyian artis Indonesia, Shae.
Selepas aksi tarian menjadi fenomena, pemuda yang dikenali sebagai Bobo itu antara terawal tular menghasilkan parodi di media sosial sehingga disunting syarikat produksi, Metrowealth Pictures (MiG).
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat semula kemunculan Bobo yang disifatkan ‘lejen’ selepas mencetuskan fenomena dengan aksi parodinya.
PenggerakDaily