JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 29 yang dikategorikan sebagai obesiti terpaksa dipindahkan daripada sebuah hospital swasta ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru di sini dengan bantuan anggota bomba.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II, K. Karupannan berkata, lelaki yang dipindahkan menggunakan khidmat bomba itu seberat 250 kilogram (kg).
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada pukul 5.07 petang, hari ini.
“Lelaki berkenaan dipindahkan dengan mengusung pesakit di atas katil menggunakan sebuah lori utiliti 5 tan.
“Pesakit itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan perubatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah beliau, operasi khas itu dilaksanakan seramai 8 anggota beserta tiga buah jentera.
Operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada pukul 5.30 petang.
Penggerak Daily