Oleh: Editorial Penggerak Daily
Boost dan GrabPay dipilih kerajaan untuk menjadi penyedia e-dompet rasmi dalam inisiatif ePENJANA, yang secara rasmi akan dilancarkan 31 Julai sehingga 30 September 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah berkata, Boost sedang memandang ke hadapan bagi memainkan peranan penting dalam usaha membina semula ekonomi negara, perniagaan dan mata pencarian rakyat Malaysia untuk menjadi lebih berdaya tahan dalam berhadapan dengan krisis ekonomi serta kesihatan semasa.
Insentif e-PENJANA sebanyak RM50, yang bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna, adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.
Pengarah Urusan GrabPay, Ooi Huey Tyng pula berkata, “sebagai sebuah teknologi pemboleh kelahiran tempatan dan penggerak ekonomi digital”.
PenggerakDaily