JOHOR BAHRU: Perkasakan pendidikan digital kepada semua pelajar agar tidak ada yang tercicir sepanjang musim pandemik COVID-19, cadang Cikgu Hidayat dari Batu Pahat dalam Bual Bicara Pandangan Rakyat: Belanjawan 2021 Bersama YB Dato Rashid Hasnon secara langsung di facebook Penggerak Daily.
“Memandangkan proses pembelajaran di dalam kelas terganggu akibat COVID-19, saya berharap Belanjawan 2021 esok fokus untuk memperkasakan proses pembelajaran”,
“Contohnya pemberian gajet kepada murid yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah”,
“Rebat juga boleh diberi kepada guru bagi menaiktaraf peralatan mereka bagi pembelajaran secara online”,
Ronald Sia dari Batu Pahat pula mencadangkan agar Belanjawan 2021 dapat mengecualikan cukai bagi produk makanan sepanjang tempoh pandemik agar bekalan makanan mencukupi.
“Saya juga mencadangkan agar Belanjawan 2021 menyediakan pinjaman dengan kadar bunga yang rendah atau subsidi kepada petani moden agar produk bahan mentah terus dapat dijana walaupun di musim pandemik”,
Bagi Koordinator Pemuda Negara Negeri Johor, Saiful Bahri pula, beliau mencadangkan agar kerajaan memberi fokus kepada masalah anak muda khususnya berkaitan ekonomi.
“Pandemik menyebabkan masalah ekonomi dalam kalangan anak muda seperti meningkatnya masalah pengangguran”,
“Setakat ini sebanyak 180 ribu peniaga dalam kalangan anak muda terpaksa menutup perniagaannya kerana tidak mampu bertahan dengan keadaan ekonomi sekarang”,
“Baru-baru ini syarikat penerbangan seperti Malindo terpaksa ditutup menyebabkan pengangguran khususnya dalam kalangan anak muda”.
“Saya yakin dan berharap melalui Belanjawan 2021, kerajaan akan memberi perhatian kepada masalah terutamanya berkaitan ekonomi dalam kalangan anak muda”.
PenggerakDaily