Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang mewujudkan satu akta khusus bagi menyelia dan melindungi industri muzik negara.
Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, industri muzik tidak mempunyai akta atau organisasi khusus jika dibandingkan dengan industri filem yang mempunyai Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi melindungi industri itu.
“Pegawai akan dilantik untuk menyediakan draf awal akta yang dijangka dapat disiapkan pada akhir tahun ini, selain turut melalui proses konsultasi dengan pihak berkepentingan”.
“Perbincangan lebih mendalam kerana industri muzik bukan hanya melibatkan satu kelompok, sebaliknya ada penyanyi, komposer, penulis lirik dan sebagainya yang tidak harus dipinggirkan dalam merangka akta ini.
Kata Saifuddin lagi, antara perkara besar yang perlu diperhalusi ialah berhubung hak cipta yang mana sebilangan besar komposer bersungut walaupun sudah ada undang-undang seperti Akta Hak Cipta 1987.
Sumber: Bernama