Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sekiranya darurat COVID-19, ia bukanlah semata-mata untuk menangani isu keselamatan dan kesihatan tapi ia juga untuk menagani isu politik dan ekonomi, kata Penganalisis Politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian mengenai situasi politik, ekonomi dan keselamatan semasa.
Menurut Prof Siva lagi, isu keselamatan, ekonomi dan politik harus bergerak seiring bagi mengurangkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.
“Banyak perkara harus diperincikan supaya tidak wujud dalam minda rakyat bahawa bila sebut darurat, ia bermakna pengambil alihan kuasa oleh tentera”.
“Darurat merupakan langkah memerihal kedudukan keselamatan, politik dan ekonomi yang dalam keadaan tidak stabil akibat pandemik”,
Menurut beliau, walaupun darurat merupakan tindakan besar yang perlu diambil namun kita sudah mempunyai pengalaman dengan langkah ini.
“Misalnya MAGERAN mengamb alih pentadibiran dan parlimen dihentikan fungsinya pada 13 mei 1969 akibat rusuhan kaum”
“Darurat dilihat satu langkah paling besar yang diambil untuk meredakan keadaan yang tidak menentu seperti sekarang sebagaimana tindakan darurat bencana pernah diambil apabila kita berhadapan dengan masalah jerebu”.
PenggerakDaily