Oleh: Editorial Penggerak Daily
Mereka bukan sekadar frontliner, seramai 250 orang anggota dari 11 buah balai Bomba dan Penyelamat Malaysia seluruh Johor Bahru bergotong-royong menyempurnakan ibadah korban dalam Program Jelajah Korban PKN Johor, hari ini.
Program korban sempena Aidiladha yang dijalankan di Pejabat Bomba dan Penyelamat daerah Johor Bahru melibatkan 11 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada asnaf, fakir miskin dan frontliner yang banyak berjasa sepanjang musim pandemik.
Terdahulu, Program Jelajah Korban PKN Johor diadakan diĀ Balai Bomba Ayer Hitam, kemudian ke balai bomba paling tua di Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Kluang yang dibina sejak tahun 1940-an.
PenggerakDaily