Categories
Berita Budaya Pendidikan

BUKU FLORA MERCU TANDA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA SUDAH TERBIT

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Buku Flora Mercu Tanda Negeri-Negeri di Malaysia telah diterbitkan oleh FRIM dan dilancarkan dalam majlis sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, semalam.
Buku ini memaparkan mengenai nama-nama tempat di seluruh Malaysia yang telah dinamakan bersempena atau mempunyai kaitan dengan spesies-spesies pokok hutan.

Penerbitan buku tersebut meupakan antara inisiatif kerajaan memelihara dan memulihara flora dan fauna.

Pada sambutan Hari Konservasi  ini yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ini, antara pengisiannya ialah mengiktiraf sumbangan kepada NGO terhadap aktiviti perlindungan, pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem persisiran pantai yang mereka jalankan.

Anugerah “Role Model” ini diberikan kepada pihak NGO yang bergiat aktif di bawah Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Bersesuaian di Pesisiran Pantai Negara sejak daripada projek ini mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

Terdahulu, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) telah mengsiytiharkan sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa sebagai sambutan tahunan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan untuk memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya laut.

Menyambut usaha dari UNESCO, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan inisiatif memelihara dan memulihara kawasan hutan paya laut melalui “Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara.”

Sejak bermulanya program ini sehingga bulan Disember 2019, seluas 2,926 hektar kawasan pesisiran pantai di seluruh negara telah ditanam dengan 6.8 juta pokok melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM56.4 juta.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *