Oleh: Editorial Penggerak Daily
Susulan penularan COVID-19, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membatalkan empat kejohanan antarabangsa selepas mengadakan rundingan dengan tuan rumah bagi setiap kejohanan.
Empat kejohanan yang dibatalkan ialah Terbuka Taiwan 2020 dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 6 Sept, Terbuka Korea (8 hingga 13 Sept), Terbuka China (15 hingga 20 Sept) dan Terbuka Jepun (22 hingga 27 Sept).
“Kami sangat kecewa terpaksa membatalkan kejohanan ini, tetapi merasakan bahawa kesejahteraan semua yang terlibat adalah yang paling penting pada masa ini” kata Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund.
PenggerakDaily
Sumber: Bernama