Categories
Berita Kesihatan

CADANGAN NAIKKAN HARGA KOMPAUN DARI RM1000 – RM10,000 PERLU DIBAWA KE KABINET

Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun mengikut Akta 342 dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000 perlu dibawa terlebih dahulu ke Kabinet sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kenaikan itu bagaimanapun harus melihat kepada penerimaan masyarakat.

Beliau berkata di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Terdahulu beliau melancarkan Persatuan Fertiliti Preservasi Malaysia (MSFP) dan Perkhidmatan Preservasi Tisu Ovari (OTC) serta Penamaan Pusat Reproduktif Termaju (ARC) sebagai Pusat Rujukan Onkofertiliti Pertama di Malaysia.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000.

 

Sumber: RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *