Johor Bahru, 31 OKT: Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Juventus berkata,”Cristiano Ronaldo telah menjalani ujian diagnostik (swab) COVID-19″,
“Keputusan ujian itu negatif. Pemain itu sudah pulih selepas 19 hari dan tidak perlu lagi menjalani pengasingan di rumah.”
Pemain berusia 35 tahun itu bersedia menjalani pemeriksaan kesihatan menjelang perlawanan menetang Spezia, di mana Juve berhasrat untuk menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan di gelanggang lawan.
Ketua jurulatih, Andrea Pirlo, menegaskan bahawa tahap kecergasan Ronaldo perlu dipantau terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk kembali beraksi.
“Kami berharap dapat memantau tahap kecergasannya kerana ia bukan sesuatu yang mudah selepas beberapa hari tidak aktif,” katanya dalam sidang media.
Skuad Bianconeri itu sudah beraksi sebanyak 14 perlawanan Serie A tanpa kapten Portugal itu sejak dia tiba daripada Real Madrid menjelang musim 2018-19.
Juve kini berada di tangga kelima selepas lima perlawanan hasil dua kemenangan dan tiga keputusan seri sejak Pirlo mengambil alih pasukan itu.
Sumber: Awani