Oleh: Editorial Penggerak Daily
Chrystia Freeland dinobatkan menteri kewangan wanita pertama di Kanada selepas menteri terdahulu, Bill Morneau meletak jawatan berikutan skandal etika berhubung pengurusan perbelanjaan pandemik COVID-19.
Chrystia yang juga Timbalan Perdana Menteri Kanada ketika ini dilantik sebagai Menteri Kewangan semalam pada usia 52 tahun.
Wanita berkelulusan Harvard dan memiliki sarjana dari Rhodes merupakan bekas wartawan serta boleh bertutur dalam lima bahasa.
“Saya sedar hakikat yang saya merupakan menteri kewangan wanita pertama Kanada. Sudah tiba masanya kita memecah tradisi,” katanya kepada media mengulas pelantikan itu.
Sumber: Reuters