BTS sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan Korea Selatan pertama dicalonkan untuk Anugerah Grammy.
Kumpulan sensasi Korea Selatan itu tercalon dalam kategori Duo Pop Terbaik/Persembahan Berkumpulan menerusi lagu “Dynamite”.
Menerusi satu video yang dikongsi di akaun Twitter rasmi mereka, RM bersama Jimin, Jungkook dan V dilihat bersorak gembira apabila mendapat tahu berita tersebut.
Rata-rata ARMY (nama fandom BTS) membanjiri pelbagai platform media sosial dengan ucapan tahniah kepada idola kesayangan mereka itu.
BTS akan ‘berentap’ dengan artis antarabangsa lain dalam kategori sama, antaranya J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny/Tainy, Justin Bieber/Quavo, Lady Gaga, Ariana Grande dan Taylor Swift/Bon Iver.
Anugerah berprestij itu akan diadakan pada 31 Januari depan dan diacarakan hos terkenal Trevor Noah.
Sumber: Awani