Oleh: Editorial Penggerak Daily
Netizen Malaysia bengang apabila tular di media sosial mengenai mural pemimpin yang diconteng dengan cat merah dan menulis kata-kata kesat.
“Yg saya marah sgt nie smpai gmbr YDPA pun diconteng apa pasal .. Nmpk sgt x hormat YDPA “, komen Susanti Ayum di laman facebook.
“izinkan rakyat jelata turun berganding bahu bersama pdrm buru penjenayah ini tuanku semoga dapat di starlight dahinya berjemaah” komen Zahin Zakaria
Lukisan mural di Taman Cahaya Alam itu memaparkan imej pemimpin negara, antaranya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Rata-rata netizen mengecam tindakan berkenaan yang bukan sahaja sebagai kesalahan vandalisme, malahan tindakan ini mengusik sensitiviti dan mengundang keresahan awam.
Paling mutakhir, melalui rakaman video dari portal Mykmu.net menunjukkan kelibat dua individu dipercayai wanita dalam rakaman kamera litar tertutup CCTV disyaki terlibat menconteng mural tersebut.
Bagaimanapun ia belum disahihkan oleh pihak berkuasa.
PenggerakDaily
Kredit gambar: Malay Mail