Categories
Berita Budaya Kesihatan Pendidikan

CONTOHI RASULULLAH, KUKUHKAN KEHARMONIAN – MUHYIDDIN

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Johor Bahru, 29 OKT:  “Rasulullah SAW merupakan sebaik-baik teladan yang memiliki sifat-sifat Rabbani dan akhlak terpuji, yang tiada tolok bandingnya dan menjadi rujukan dalam kehidupan manusia”, tegas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Sambutan Malulidur Rasul 1442H/2020M, hari ini.

“Saya ingin mengajak seluruh umat Islam untuk terus bermunajat di kala kita masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 serta dalam usaha kita memulihkan ekonomi negara dan memperkukuh perpaduan dalm kalangan rakyat”,

“Ujian ini seharusnya mengukuhkan iltizam kita untuk lebih mengasihi dan mendekatkan diri kepada ajaran Rasulullah SAW yang tidak pernah melupakan kita sebagai umatnya”,

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, tema sambutan pada tahun ini adalah “Ummah Rabbani Negara Harmoni”. Tema ini dipilih untuk menggambarkan peri pentingnya sifat Rabbani dan kepatuhan hamba kepada Pencipta yang akhirnya akan membawa kepada keharmonian ummah dan negara.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *