Malaysia menyenaraikan 23 negara disekat memasuki Malaysia kerana mencatat kes positif COVID-19 melebihi 150,000 kes.
Negara itu adalah Amerika Syarikat, Brazil, India, Russia, Peru, Colombia, Afrika Selatan, Mexico, Sepanyol, Argentina, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Pakistan, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Iraq, Filipina dan Indonesia.
Menerusi Facebook Jabatan Imigresen Malaysia, sekatan kemasukan ke Malaysia bagi pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang itu berkuatkuasa semalam.
Sekatan itu, merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.
PenggerakDaily