Sehingga hari ini sekurang-kurangnya 647,000 orang telah menjadi korban akibat penularan pandemik COVID-19 yang bermula pada November tahun lalu di China. Menurut data daripada Johns Hopkins University, angka jangkitan meningkat kepada 16.5 juta kes pada Isnin berbanding 15.8 juta semalam.
Sebanyak 46,582 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Amerika Syarikat dan menjadikan keseluruhan positif virus melebihi 4.2 juta kes. Brazil merekodkan 86,000 kematian dan di India seramai 32,063 kematian.