Categories
Berita Business Kesihatan

COVID-19: MAYBANK GELANG PATAH DITUTUP SEMENTARA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Maybank Gelang Patah telah menutup cawangannya buat sementara waktu setelah seorang pekerjanya mengadakan hubungan rapat dengan individu dalam siasatan (PUI) untuk COVID-19.

Berdasarkan notis yang ditampal di pintu cawangan, dinyatakan penutupan itu bagi kerja pembersihan dan sanitasi. 

“Sebagai langkah berjaga-jaga, cawangan ini tidak akan dibuka sehingga pekerja yang berkenaan telah disahkan negatif COVID-19”,

Maybank juga memberi jaminan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan semua peraturan kesihatan dapat dipatuhi bagi tujuan keselamatan.

Bagi pelanggan Maybank di kawasan Gelang Patah, selain daripada menggunakan platform digital, alternatif yang boleh diambil ialah mengunjungi Maybank cawangan Taman Perling dan Bukit Nenas.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *