Oleh: Editorial Penggerak Daily
Johor Bahru, 31 OKT: Kerajaan mengambil pendekatan untuk mengimbangi antara kepentingan melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan hidup rakyat, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam pengumumannya berkenaan COVID-19, petang tadi.
“Kita perketatkan SOP bagi kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, sukan dan lain-lain untuk mengurangkan pergerakan orang ramai dan memutuskan rantaian jangkitan”,
“Tetapi pada masa yang sama, kita benarkan kegiatan ekonomi untuk diteruskan tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat untuk memastikan perniagaan dan industri terus beroperasi”,
Oleh itu, Bajet 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 haribulan November nanti akan menyediakan pelbagai peruntukan kepada agensi kerajaan, bantuan kepada rakyat jelata dan insentif kepada sektor korporat, industri dan perniagaan dalam menghadapi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara”,
Ahli Parlimen Pagoh itu juga berharap semua Ahli Parlimen dapat mengenepikan perbezaan politik untuk memastikan Bajet 2021 diluluskan demi kepentingan rakyat dan negara.
PenggerakDaily