Seorang lelaki Turki, Zeher Gezer terpaksa menamakan anak bongsu mereka sebagai ‘Yeter’ yang membawa maksud ‘cukuplah’ selepas isterinya melahirkan cahaya mata mereka yang ke-19.
Walaupun bahagia dengan dua isterinya, Zeher mengakui bilangan anak yang ramai terpaksa menelan perbelanjaan yang besar, terutamanya selepas beliau tiada pekerjaan akibat daripada wabak pandemik COVID-19 yang melanda.
Bersama isteri pertamanya, beliau mempunyai 10 orang anak, manakala bersama isteri kedua beliau dikurniakan 9 orang anak.
Selain daripada kekurangan makanan, 6 daripada anak-anaknya terpaksa berhenti sekolah selepas daripada beliau tidak mampu membayar yuran persekolahan.
Sumber: Daily Star