Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dalang serangan dua masjid di Christchurch, Brento Tarrant, 29 tahun, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan untuk parol di mahkamah New Zealand, hari ini.
Warga Australia itu mengaku bersalah atas tuduhan membunuh 51 nyawa, serta cubaan untuk membunuh 40 orang lain dan satu tuduhan melakukan keganasan.
Menurut pertuduhan, yang dibacakan Pendakwa Raya Diraja Barnaby Hawes, pengganas itu membuat perancangan rapi bagi menjalankan serangan berkenaan yang bertujuan
menyebabkan sebanyak mungkin kematian.
menyebabkan sebanyak mungkin kematian.
Perbicaraan bagi menjatuhkan hukuman dijalankan selama empat hari yang menyaksikan lebih 60 kenyataan mangsa dan keluarga mangsa terkorban.
Pada hari terakhir kenyataan mangsa dikongsikan di mahkamah, beberapa surah Al-Quran dibacakan dan gambar-gambar mangsa terkorban turut dipamerkan.
Serangan yang dilakukan Tarrant pada 15 Mac 2019 di bandar terbesar di selatan pulau New Zealand itu disiarkan secara langsung di Facebook melalui kamera yang dipasang pada badannya.
Sebelum serangan tersebut, Tarrant didakwa telah mengumpulkan banyak maklumat mengenai pelan dalaman masjid, lokasi, waktu solat dan tarikh penting kalendar umat Islam ‘bagi memastikan waktu paling sibuk di masjid’.
Sumber: Awani