Categories
Berita Business Ekonomi

DANA PENJANA NASIONAL TARIK PELABUR LUAR UNTUK PKS TEMPATAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Dana Penjana Nasional dilancarkan semalam bertujuan menarik pelaburan modal asing swasta untuk melabur dalam syarikat pemula dan PKS dalam negara, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul.

“Dana ini bukan sahaja bakal menyokong syarikat tempatan dari segi pembiayaan, tetapi juga kepakaran dan pengetahuan”,

“Kementerian Kewangan telah menubuhkan Penjana Kapital Sdn Bhd bertujuan memastikan tadbir urus, ketelusan dan pemantauan rapi”, katanya selepas pelancaran Dana Penjana Nasional di Kuala Lumpur.

“Penyertaan pelaburan asing juga akan memerkasa pembangunan modal insan negara dalam bidang teknologi berimpak tinggi, melalui kerjasama dengan rakan kerja dana modal teroka tempatan”,

Dana Penjana Nasional adalah dana pelaburan teknologi berjumlah RM600 juta bagi sektor modal teroka dan permulaan di Malaysia.

Matlamat penubuhannya untuk memacu pemulihan ekonomi melalui proses pendigitalan perniagaan negara di dalam sektor teknologi berimpak tinggi, dengan menarik pelabur asing yang strategik.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *