Categories
Berita Politik

DAPAT 8 KERUSI, STAR TETAP BERSAMA PN

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan, yang sebelum ini mengancam akan membawa parti itu keluar daripada PN sekiranya tidak diberikan sekurang-kurangnya 18 kerusi, akhirnya berubah fikiran.

Jeffrey berkata dia tidak gembira apabila partinya hanya diberikan lapan kerusi Dun, namun memutuskan untuk menerima keputusan berkenaan dan kekal bersama Perikatan Nasional (PN).

“Sudah tentu kita tak gembira, tapi kita harus terima bahawa kita berada dalam satu pasukan,” katanya kepada media selepas PN mengumumkan senarai calonnya hari ini.

“Kami adalah satu pasukan, jadi ikutlah pasukan”.

“Jumlah kerusi terhad. Jadi kita tolak ansur. Apa yang penting kita harus pastikan kita menang kerusi yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata Star akan kekal bersama PN kerana gabungan itu merupakan kerajaan persekutuan.

Pada 8 Sept lalu, Jeffrey berkata Star harus diperuntukkan 15 hingga 18 kerusi oleh gabungan itu, tetapi ia hanya ditawarkan antara enam hingga lapan kerusi.

Beliau pada masa itu tidak menolak kemungkinan bahawa Star akan meninggalkan PN jika tidak diberi 16 hingga 18 kerusi.

Terdahulu, PN Sabah mengumumkan bahawa Bersatu akan bertanding 19 kerusi Dun, manakala PBRS bertanding dua kerusi dan PBS meletakkan lapan calon.

Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *