Categories
Berita

DATUK SERI ACRYL SANI DILANTIK PEMANGKU TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman umumkan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Dimaklumkan, Acryl Sani dijangka menggantikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib esok.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras di Kuala Lumpur, pagi ini.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *