Sempena Ulang Tahun ke-50 , Persatuan Penulis Johor (PPJ) berharap kerajaan memberi pengiktirafan dengan melantik wakil Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) sebagai Senator bagi membantu kerajaan secara terus dalam mendaulatkan bahasa kebangsaan.
Menurut Ketua 1 PPJ, Amiruddin Md. Ali Hanafiah, GAPENA perlu memainkan peranan sebagai ‘penegur’ atau ‘pemantau’ terhadap pihak yang tidak yang tidak menggunakan bahasa Melayu khususnya dalam urusan rasmi di negara ini.
“Hal ini termasuk penggunaan bukan bahasa Melayu oleh pendukung undang-undang ketika berbahas di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri”, katanya dalam satu kenyataan media semalam sempena 50 tahun (Jubli Emas) GAPENA
“Tindakan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr.Rais Yatim menegur ahli Dewan Nefara yang berbahas tidak menggunakan bahasa kebangsaaan wajar dijadikan contoh mendaulatkan Bahasa Melayu”,
Tambah Amiruddin lagi, wakil GAPENA wajar ada dalam Lembaga atau Jawatankuasa yang ada kaitan dengan penulis, bahasa, sastera dan budaya kebangsaan.
“Hal ini membolehkan GAPENA memberikan idea dan bersama-sama menjasi pelaksana kepada idea yang diberikan”,
“Sebagai contoh agensi atau institusi yang berkaitan dengan penulis, bahasa dan budaya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP ), ASWARA, Perbadanan Kota Buku dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta banyak lagi agensi lain”,
“GAPENA perlu bersama-sama di dalam lembaga institusi tertentu memandangkan GAPENA banyak memahami hal tersebut seperti isu bahasa, penerbitan buku dan drama, isu royalti penulis dan pelbagai yang berkaitan dengan persuratan”.
Katanya lagi, GAPENA perlu mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia agar menyemak dan memastikan isi kandungan Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) itu diiikuti, khususnya dalam hal bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di negara ini.
“Di ulang tahun ini, PPJ berharap GAPENA akan terus menjadi Badan Bukan Kerajaan yang kekal berada di landasan perjuangan; khusus melahirkan rakyat menghormati bahasa kebangsaan, sastera kebangsan dan budaya kebangsaan”.
PenggerakDaily