Categories
Berita Viral

DI BALIK KISAH VIRAL LELAKI KENA LEMPANG DALAM MASJID

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Susulan tular di media sosial mengenai video seorang jemaah ditampar dan ditendang di bahagian muka di dalam Masjid Felda Palong Tujuh, seorang lelaki telah ditahan bagi tujuan siasatan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, suspek berusia 60-an sudah dipanggil bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kejadian berlaku selepas solat Isyak di masjid itu pada 24 Ogos lalu, ketika mangsa berusia 62 tahun berjalan di belakang suspek sambil membawa sejadah dan ia terkena belakang suspek.

“Ia menimbulkan kemarahan suspek sebelum bangun dan terus menampar serta menendang muka mangsa.

“Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai seorang yang panas baran dan sering menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jemaah masjid dan masyarakat setempat.

“Selepas kejadian suspek pergi ke rumah mangsa dan memohon maaf selain mahu menyelesaikan isu dengan cara baik, tetapi ditolak keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sumber: Harian Metro

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *