Oleh: Editorial Penggerak Daily
Persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini menjangkakan cadangan enam ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih di bawah Peraturan Mesyuarat 76 untuk tempoh Parlimen Keempat Belas.
Menurut laman rasmi Parlimen, enam ahli Dewan Rakyat yang dicadangkan ialah Mohamed Azmin Ali (Gombak), Hamzah Zainudin (Larut), Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Fadilah Yusof (GPS), Hadi Awang (Marang) dan Anwar Ibrahim (Port Dickson).
Bagi persidangan yang dimulakan dengan sesi Pertanyaan Bagi Soal Jawab Lisan, persoalan berkaitan kedudukan ekonomi semasa, pertumbuhan ekonomi dan kadar pengangguran dari Rubiah Wang (Samarahan) antara soalan tumpuanĀ kepada Perdana Menteri.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 25 hari berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan
PenggerakDaily