Dalam kemelut penularan Covid-19 semakin menular, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dikatakan seronok bermain golf di Johor semalam.

Ia dikatakan disebarkan dalam media sosial apabila seorang pengguna Twitter, @adammukhrizmy memaparkan kain pemidang yang menunjukkan program di Lotus Desaru Beach Resort dan ciapan itu tular.

Dakwaan itu dinafikan Adham dan menganggap penularan itu sebagai fitnah bertujuan memburukkan imejnya seolah-olah beliau lepas tangan dalam keadaan negara ‘berperang’ dengan penularan pandemik.

“Semalam, saya mengendalikan tiga mesyuarat utama di Putrajaya dari pagi sampai malam dan bila saya main golf di Desaru?”

Lagi pun beliau mengakui dirinya bukan kaki golf.

Menurut Adham, pagi semalam beliau mengendalikan taklimat berkenaan Covid-19 dan selepas itu menghadiri mesyuarat bahagian latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melatih para petugas dan juga latihan kepakaran KKM.

Sebelah petang pula, Adham mempengerusikan Majlis Penasihat Kesihatan Mental memandangkan semakin ramai mereka yang terkesan daripada sudut mental akibat penularan pandemik Covid-19.

 

Sumber: PenggerakDaily