Oleh: Penggerak Daily
Kerajaan bersetuju melanjutkan memberian diskaun eletrik sedia ada sehingga 31 Disember 2020 untuk semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Seramai 7.66 juta pengguna domestik Semenanjung Malaysia akan terus menikmati diskaun elektrik antara 2% hingga 50 % sehingga 31 Disember 2020.
Bagi pengguna domestik di Sabah dan Sarawak, diskaun bil elektrik 2 % akan diteruskan sehingga 31 Disember 2020 yang akan memanfaatkan sekitar 520,000 pengguna di Sabah dan 580,000 pengguna di Sarawak.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah, pelanjutan diskaun selama tiga (3) bulan bagi pengguna di Semenanjung Malaysia akan dibiayai dana Kumpulan Wang Industri Eletrik (KWIE) dengan anggaran sebanyak RM392 juta.
Diskaun bagi Sabah dan Sarawak pula dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta menjadikan kos keseluruhan pemberian diskaun elektrik dari April hingga Disember 2020 berjumlah RM2.62 bilion.
PenggerakDaily