Perkara ini dapat dilihat menerusi catatan kutipan data pembayaran pada Oktober 2020. Di mana pembayaran semula telah mula dilakukan oleh 422,609 peminjam PTPTN.
Sehingga kini peningkatan peratusan pembayaran semula dicatatkan sebanyak 173.65% iaitu kutipan bayaran diterima adalah RM103.03 juta.
Angka itu jelas lebih tinggi berbanding April lalu – yang mencatatkan kutipan RM37.65 juta sahaja.
Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan rakyat negara kekal optimis menjalankan tanggungjawab mereka, meskipun terpaksa berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19.
Sumber: Rnggt