“Dasar komuniti negara ini digubal apabila menyedari kehidupan masyarakat di kawasan PPR ketika itu yang tidak terurus dan kemudahan tidak diselenggara dengan baik.” kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
“Saya percaya jika kita boleh mengubah cara hidup atau mentaliti golongan B40 ini, dengan meningkatkan taraf dan kualiti hidup mereka Insya Allah seluruh negara akan merasai kesannya”, tambahnya lagi menerusi rancangan “60 Minit Bersama TV Al-Hijrah”.
Dasar Komuniti Negara telah digubal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan untuk menangani isu sosial perumahan di peringkat komuniti setempat, khususnya di kawasan perumahan berstrata kos rendah di seluruh negara.
Strategi-strategi di bawah Dasar ini adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11, Dasar Perumahan Negara 2.0, Dasar Sosial Negara, Rancangan Fizikal Negara Ke-3, Deklarasi Kuala Lumpur 2018 di bawah Agenda Perbandaran Baharu serta Sustainable Development Goals (SDGs).
Objektif utama Dasar Komuniti Negara adalah untuk mendayaupayakan (empowering) komuniti setempat supaya mereka boleh melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan dan penyelenggaraan harta awam dan harta bersama yang merupakan sebahagian daripada tempat tinggal mereka.
PenggerakDaily