Categories
Berita Budaya Kesihatan Politik

DOKONG KERAJAAN PN DALAM AGENDA BANTU RAKYAT – ZAHID HAMIDI

Oleh: Editorial Penggerak Daily

“Mendokong kerajaan Perikatan Nasional dalam menfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik COVID-19 serta kegawatan ekonomi”, tegas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ketika menekankan beberapa pendirian UMNO dalam satu kenyataan media, hari ini.

Antara pendirian UMNO yang ditekankan oleh Zahid ialah melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani COVID-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

UMNO juga mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada dalam kabinet ketika ini memberi sepenuh tumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik COVID-19.

Tambah Zahid lagi, kerjasama semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi negara.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *