Oleh: Editorial Penggerak Daily
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah dikurnia Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelar Tan Sri setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Melawati, tadi.
Tokoh yang menjadi perhatian ramai lagi-lagi ketika negara dilanda pandemik COVID-19 merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Surgeri dan Perubatan.
Dr Noor Hisham dinamakan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) sebaris pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield berdasarkan kewibawaan menangani krisis Covid-19.
Sumber: Metro Harian