Categories
Berita Kesihatan pembangunan

DUA BILION DOS VAKSIN COVID-19 DIEDARKAN SELURUH DUNAI MENJELANG AKHIR 2021

Sebanyak dua bilion dos vaksin COVID-19 akan dihasilkan dan diedarkan di seluruh dunia menjelang akhir 2021.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, sehingga kini, sebanyak 171 negara menyertai program penghasilan vaksin itu dan terbaharu penyertaan China dan Korea Selatan.
Menurut beliau, pihaknya komited memantapkan lagi usaha mempromosi untuk tujuan pengedaran vaksin itu secara adil.
“Dengan berkongsi bekalan secara adil, negara dan ekonomi yang merupakan sebahagian daripada penghasilan COVAX dapat mengedarkan vaksin secara serentak kepada penduduk yang terjejas, termasuk pekerja kesihatan, orang tua dan mereka yang positif.
“Tujuan COVAX adalah untuk memastikan bahawa dua bilion dos dibuat dan diedarkan secara adil pada akhir 2021,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat WHO pada Jumaat.
Kes jangkitan COVID-19 terus mencatatkan peningkatan dan sebanyak 350,000 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam pada Jumaat.
Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *