Categories
Berita Budaya Hiburan seni

DUA KARYA TEMPATAN BERSAING DI ANUGERAH KREATIF AKADEMI ASIA

Dua karya kreatif tempatan iaitu drama The Bridge musim kedua dan filem The Garden of Evening Mists diumum sebagai ‘National Winner’ yang bakal bersaing mewakili negara di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AAA).

Kedua-dua karya yang menerima Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) itu bakal bersaing dengan negara lain di rantau Asia Pasifik seperti Australia, India, Indonesia dan Jepun.

Kemenangan kedua-dua kandungan itu diumumkan AAA menerusi satu senarai yang dikeluarkan hari ini.

AAA yang dianjurkan bagi mengiktiraf kecemerlangan penerbitan industri kandungan kreatif bakal mengumumkan pemenang bagi setiap kategori pada Grand Awards dan Gala Final yang dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Dis ini di Singapura.

FIMI merupakan inisiatif di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang memberikan insentif kewangan tambahan bagi penerbitan kandungan kreatif di Malaysia dengan rebat tunai sebanyak 30 peratus kepada penerbitan kandungan yang terlibat di bawah program itu.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *