Categories
Berita Kesihatan

DUA PELAJAR SEKOLAH RENDAH POSITIF COVID-19

 

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Dua pelajar sekolah rendah berusia tujuh dan 10 tahun disahkan positif COVID-19 hari ini selepas mendapat jangkitan daripada pesakit ke-8,975 dan pesakit ke-8,976 daripada Kluster Sivagangga di Kedah.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster ini merekodkan 11 kes hari ini dan semuanya melibatkan warganegara Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham memaklumkan setakat ini sebanyak 313 orang telah disaring dan 20 daripada dikesan positif, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *