Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menegaskan dua projek yang diluluskan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sewaktu pentadbirannya terdahulu dibuat diluar pengetahuan beliau.
“Justeru, saya ingin memberikan jaminan bahawa KPKT akan melakukan siasatan membabitkan isu yang timbul”, tambahnya lagi dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan telah mengaitkan KPKT menawarkan projek rundingan terus sewaktu pemerintahan PH.
PenggerakDaily