Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dalam konteks sosial-ekonomi, golongan ibu di Asia berhadapan dengan satu dilema – mahu bekerja atau mahu menjadi suri rumah?
60 peratus jumlah ibu di Asia bekerja. China duduk di tangga teratas dengan 75 peratus golongan ibunya bekerja. Manakala Idonesia mencatat peratusan terendah – 51 peratus.
Dalam sebiah kajian yang dijalankan YouGov, data menunjukkan 62 peratus golongan ibu melihat perempuan yang berkerjaya merupakan keadaan yang ideal berbanding suri rumah. Keadaan ini disokong oleh responden yang mempunyai tahap pendidikan dan status ekonomi yang tinggi.
36 peratus suri rumah memilih untuk bekerja jika diberi kesempatan manakala hanya 20 peratus suri rumah merasakan tugas sebagai ibu di rumah merupakan satu keadaan yang idea.
Menurut kajian ini lagi, kebanyakan ibu yang bekerja memilih untuk bekerja kerana berupaya menyokong keluarga dari segi kewangan (69 peratus) manakala 35 peratus merasakan dengan bekerja dapat memberi contoh ketekunan kepada anak-anak.
Namun, 51 peratus golongan ibu keberatan untuk bekerja atas beberapa sebab. 51 peratus darinya memberi sebab tidak dapat menemani anak apabila sakit manakala 47 peratus bersetuju jika bekerja, mereka tidak mempunyai kesempatan untuk mendidik anak sepenuhnya.
PenggerakDaily