Pelakon comel, Miral Filzah yang dulu mencetus fenomena ‘baby sayang’ kini menarik perhatian netizen dengan gelagatnya bersama pasangan, Wan Emir yang sudah memasuki tiga bulan perkahwinan.
Sepanjang tempoh itu, tldak Iekang di media sosial berkenaan keharmonian rumah tangga mereka dan sering menjadi perhatian warganet.
Baru-baru ini, pelakon berusia 27 tahun itu telah memuat naik Instastory bagi menunjukkan Oufit Of The Day (OOTD) yang digayakan olehnya di hadapan cermin.
Apa yang mencuri perhatian netizen adalah panggilan Mira terhadap suaminya iaitu ‘Bubu’ sehingga dirakam dan dikongsi kembali oleh pengguna media sosial di Twitter.
PenggerakDaily