Menerusi pembentangan Belanjawan 2021 pada hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kerajaan akan menaikkan kadar elaun RM6 kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan mulai 2021.
Ia termasuk dalam langkah untuk meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran kerajaan serta bagi menambah baik kemudahan anggota perkhidmatan awam.
“Kerajaan prihatin aspek kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam lebih-lebih dalam keadaan negara dilanda pandemik COVID-19.
Manakala bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 kepada 40 ribu penerima.
PenggerakDaily