Oleh: Editorial Penggerak Daily
Isteri yang menjaga sepenuh masa Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlantar sakit diberikan elaun bulanan sebanyak RM350, kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.
Tambahnya lagi, elaun bulanan ini merupakan antara inisiatif kerajaan untuk terus membela nasib dan kebajikan mereka.
“Beberapa penambahbaikan lain turut dilakukan meliputi pendidikan, kesihatan dan bantuan bencana”, kata beliau selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Veteran ATM Cawangan Slim River di Felda Besout 2, semalam.
PenggerakDaily