Empat buah sekolah di Bekok menerima sumbangan kit COVID-19 yang berisi topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada seluruh warga sekolah termasuk murid dan kakitangan sekolah, pagi tadi.
Kit yang disumbang oleh NGO, Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin melibatkan empat buah sekolah di Bekok iaitu SJK(T) Bekok, SJK(C) Bekok, SK Seri Bekok dan SK Kampung Kudong.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Jiwa Prihatin, Tan Lek Khang, sumbangan ini merupakan inisiatif menyekat penularan COVID-19 khususnya dalam kalangan warga sekolah.
“Sumbangan ini tentunya usaha kami untuk meringankan beban sekolah dan ibu bapa dalam memastikan tahap keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka”,
Tan yang juga merupakan Setiausaha Pemuda Negara Negeri Johor berkata, tidak semua sekolah mempunyai kelengkapan dan prasarana yang mencukupi”
“Contohnya kekurangan bekalan tisu untuk murid di SK Kampung Kudong manakala kami difahamkan kebanyak pelajar SK Seri Bekok datang dari keluarga B40”,
Bagi Guru Besar SJK(C) Bekok, Chew Chong Ming, sumbangan ini amat bermakna kerana kit diberikan pada masa yang sangat memerlukan.
Bagi Penolong Kanan 1 SK Seri Bekok, Nor Aishah Sakdan, pihak sekolah amat berterima kasih dengan sumbangan yang dihulurkan.
“Dengan sumbangan kit ini, keselamatan dan kesihatan anak murid sekolah ini lebih terjamin”,
Selain mengagihkan kit COVID-19, Tan turut menyampaikan sumbangan wang tunai bagi kerja naik taraf surau dan membeli kelengkapan kelab kompang untuk SK Kg. kudong.
PenggerakDaily