KOTA TINGGI: Hujan lebat sejak pukul 6.30 pagi tadi menyebabkan enam buah rumah dari dua penempatan iaitu Taman Bayu Damai dan Kampung Baharu di Pengerang, disini dilanda banjir kilat.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Tinggi, Kapten (PA) Mohd. Sarulnizam Krirudin berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatka pembukaan pusat pemindahan sementara.
“Kawasan ini dinaiki air disebabkan sistem perparitan yang tidak sistematik dan tersumbat di samping hujan lebat selama dua jam.
“Bagaimanapun, kerja pembersihan parit itu sudah dijalankan Majlis Perbandaran Pengerang dan Jabatan Pengairan dan Saliran sejurus air sudah surut sepenuhnya di kawasan terjejas pada pukul 10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd Sarulnizam turut berkata, pemantauan situasi banjir masih diteruskan kerana cuaca hujan renyai.
Penggerak Daily