Oleh: Editorial Penggerak Daily
Cafe yang berkonsepkan Online Games pertama di Johor, Gazoline atau lebih dikenali E-Sport Group (ESG) telah menyambut Festival Hantu Lapar atau perayaan Yulanhui yang disambut hari ke-15 pada bulan ke-7 mengikut kalendar Buddha.
Menurut pemilik ESG, Datuk Tan Lek Khang, “festival ini dipercaya dapat membebaskan penderitaan orang yang meninggal dunia”,
“Di ESG, festival ini dirayakan agar budaya lama tetap terjaga dan dapat dinikmati untuk generasi akan datang, lebih-lebih lagi majoriti pengunjung ESG merupakan anak muda”.
“Pada festival berkenaan, masyarakat cina akan melakukan sembahyang dan membuat persembahan makanan dan membakar kertas yang dibuat pakaian, keperluan harian dan juga barangan mewah kertas yang lain.
“Walaupun ada perbezaan tarikh perayaan bagi Kantonis dan Hokkien, namun di Malaysia kita menyambutnya sekali”.
“Perkara ini memperlihatkan perpaduan dan kesefahaman budaya dalam kalangan masyarakat Cina yang mempunyai kepelbagaian identiti”.
Tambah Tan lagi, festival ini akan berakhir dengan makan malam untuk semua peserta, dan lelongan diadakan untuk mengumpulkan dana untuk badan amal.
“Selain meraikan roh-roh yang melawat alam manusia, perayaan ini juga memberi manfaat kepada masyarakat kurang bernasib baik melalui lelongan amal”.
PenggerakDaily
\
Perayaan Hantu Lapar atau Zhong Yuan Jie dirayakan M |
Walaupun Festival Hantu Lapar berbeza antara Tao dan Buddha, akan tetapi sambutan ini diamalkan bersekali (sinkretis) oleh masyarakat Cina di Malaysia pada hari ini.
Ketika sambutan perayaan ini, kuil, biara dan masyarakat cina akan melakukan sembahyang dan membuat persembahan makanan dan membakar kertas yang dibuat pakaian, keperluan harian dan juga barangan mewah kertas yang lain.
Mereka juga akan membuat persembahan opera Cina untuk menghiburkan hantu-hantu, akan tetapi trend telah beralih ke arah muzik Cina Moden dikenali sebagai Gei Tai. Ada juga sebahagian tempat disertakan dengan tarian dan joget.
Pada majlis tersebut, kerusi bahagian hadapan akan dibiarkan kosong untuk membenarkan hantu-hantu duduk disitu dan kerusi itu tidak dibenarkan untuk peserta mendudukinya.
Acara itu berakhir dengan makan malam untuk semua peserta, dan lelongan diadakan untuk mengumpulkan dana untuk badan amal.
Oleh itu, sementara upacara-upacara itu bertujuan untuk meraikan roh-roh yang melawat alam manusia, aktiviti-aktiviti ini juga memberi manfaat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik melalui lelongan amal.
KESIMPULAN
Perayaan ini merupakan perayaan masyarakat Cina, kerana kepercayaan tentang roh adalah sangat menebal dan kompleks sehingga mewujudkan perayaan-perayaan yang membentuk ‘penyelamatan’ kepada orang yang sudah meninggal.
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2020/06/festival-hantu-lapar-kaum-cina.html#ixzz6WrcWKidy
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook