Categories
Berita Teknologi Viral

FACEBOOK, MEDIA SOSIAL PILIHAN ORANG MALAYSIA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Facebook menjadi media sosial yang paling banyak digunakan di Malaysia, 85.98 peratus pengguna telefon pintar mempunyai akaun facebook, menurut Kajian Digital Influence Lab pada tahun 2020.

Media sosial seterusnya yang menjadi polihan orang Malaysia ialah Pinterest dengan 4.1 peratus, Instagram 3.42 peratus, Twitter 3.24 peratus, Youtube, 2.18 peratus dan Tumblr 0.65 peratus.

Manakala media sosial paling aktif di Malaysia pada 2020 ialah Youtube 93 peratus, Whatsapp 91 peratus, Facebook 91 peratus dan Instagram 70 peratus.

Menurut kajian itu lagi, 69 peratus daripada populasi penduduk di Malaysia menggunakan telefon pintar untuk mengakses media sosial.

Pada tahun lepas, 98 peratus pengguna internet di Malaysia menonton video online dan 95 peratus daripadanya menonton melalui telefon pintar.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *