Oleh: Editorial Penggerak Daily
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan menganjurkan Program Bengkel Kemahiran Youtube dan Komuniti 2020 bagi zon selatan di Iskandar Malaysia Studios (IMS) di Nusajaya, hari ini.
Program Komuniti Sinema merupakan gabungan aktiviti yang mensasarkan sesebuah kumpulan dalam komuniti untuk pendedahan berkaitan industri kreatif melalui youtube.
Seramai 200 orang peserta yang disasarkan menyertai bengkel ini bermula pada 9 Ogos hingga 10 Ogos 2020 yang dikelola oleh para selebriti youtube terkenal dan berpengalaman seperti Mat Dan, Hazeman Huzir, Cardock dan Tuah Azmi.
Bengkel ini juga turut disertai Pegawai Google Malaysia, Exco Kerajaan Negeri Johor, Pegawai IRDA, para pelajar IPTA dan IPTS, ahli Kelab Pencinta Filem (KPF) serta komuniti kawasan Nusajaya dan Johor Bahru.
PenggerakDaily