Dinamakan Insentif Saringan Prihatin, ia bagi menggalakkan syarikat produksi menjalankan ujian saringan terhadap kru dan barisan pelakon yang terlibat.
“Tujuan utama inisiatif ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kru produksi dan barisan artis sentiasa terjamin di lokasi penggambaran dan dapat mengekang penularan wabak Covid-19 dari terus berleluasa,” katan pengerusinya Zakaria Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Insentif itu tertakluk kepada beberapa syarat seperti berikut:
- Untuk syarikat produksi yang menjalankan aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu dari 14 Oktober hingga 27 Oktober.
- Kos ujian saringan Covid-19 ditanggung terlebih dahulu dan syarikat produksi perlu mengemukakan dokumen tuntutan kepada Finas.
- Hanya melalui syarikat produksi yang berdaftar di bawah Finas sahaja.
- Kadar maksimum berjumlah RM5,000 bagi setiap syarikat produksi.
- Ujian saringan Covid-19 hanya boleh dilakukan melalui Pakej Khas Finas di klinik panel berdaftar iaitu Megaklinik Zahran, Bandar Baru Bangi.
Selain di premis, pihak klinik boleh menjalankan ujian saringan di lokasi penggambaran yang dipersetujui.
Zakaria berkata, Finas berharap bantuan insentif yang disalurkan dapat meringankan beban terhadap syarikat produksi yang menjalankan aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB.
Sumber: Malaysiakini