Oleh: Editorial Penggerak Daily
Susulan tersebarnya gambar menunjukkan Menteri Keselamatan, Ismail Sabri menggunting kad kredit HSBC dan sepucuk surat bersabit pembatalan kad kredit bank berkenaan, mendapat perhatian dan dijawab oleh Ismail sendiri melalui hantaran facebooknya, semalam.
Katanya, “sebenarnya peristiwa berlaku pada 2014”,
“HSBC London mengumumkan menutup semua akaun penyumbang kepada Palestin kerana mengaitkan pejuang Palestin sebagai kumpulan pengganas”,
“Ini merupakan satu ketidakadilan kepada perjuangan rakyat Palestin yang berjuang membebaskan negara mereka yang terjajah dengan sokongan kuasa besar dan menghalalkan kekejaman yang terus berlaku terhadap rakyat Palestin”,
Tambahnya lagi, pemotongan kad kredit HSBC itu merupakan satu simbolik penentangan terhadap tindakan tidak professional mereka yang menyokong kekejaman terhadap rakyat Palestin.
“Saya tahu tindakan itu tidak akan menghentikan kekejaman Israel kepada rakyat Palestin tapi sekurang-kurangnya saya dapat menzahirkan perasaan saya”.
PenggerakDaily